Saturday 25 June 2016

Tindakan memeriksa emel setelah membuat pendaftaran percuma


Artikel kali ini adalah sambungan dari entri berkenaan 'bagaimana membuat pendaftaran secara percuma'. Sekiranya anda belum membaca tentang langkah daftar tersebut, sila ke link dibawah terlebih dahulu.

http://tabungtopup.blogspot.my/2016/06/cara-membuat-pendaftaran.html

Tujuan artikel ini ditulis supaya setiap yang berminat dalam biz ni dan telah mendaftar, akan tahu mereka akan terima info pendaftaran yang akan dihantar sebaik sahaja butang HANTAR PENDAFTARAN diklik.  

Beberapa siri emel info lanjut untuk panduan pendaftar akan dihantar terus ke emel anda. Disini bukannya emel followup tetapi maklumat dan data penting untuk rujukan anda sebagai usahawan frenzmobile.

Siri emel pertama untuk panduan anda



Emel pertama ini dihantar sebaik sahaja anda berjaya mendaftar di frenzmobile.

Tujuan siri emel pertama ni adalah untuk memberi maklumat penting yang terdiri dari link web sebenar untuk anda login dan masuk ke akaun frenzmobile milik anda.

Login juga boleh dibuat pada web boneka milik anda yang akan diwujudkan setelah akaun anda diaktifkan. 

Cara login boleh dirujuk menerusi link artikel dibawah. Dalam halaman tersebut, dimasukan juga cara update profile bagi memudahkan proses bank in duit kepada anda nanti.

http://tabungtopup.blogspot.my/2016/06/langkah-pertama-setelah-mendaftar.html

Antara maklumat lain yang penting adalah nama username penaja anda, username anda, password untuk login dan alamat emel yang anda gunakan semasa mendaftar.


Emel kedua, automatik dari autoresponder upline anda



Anda mungkin terima emel followup dari upline sekiranya penaja anda membuat siri emel berkenaan.

Tujuan emel demikian dihantar adalah untuk meminta anda mengaktifkan akaun frenzmobile milik anda.

Penghantaran adalah automatik kerana ia menggunakan sistem autoresponder yang disediakan kepada setiap yang mengaktifkan akaun mereka.

Jumlah emel followup yang akan diterima oleh anda mungkin lebih dari satu siri bergantung kepada jumlah siri emel yang telah dibuat oleh upline anda didalam sistem.

Penerimaan emel ketiga, dihantar setelah akaun berjaya diaktifkan





Setelah akaun diaktifkan, anda akan terima satu emel pengesahan aktif akaun oleh frenzmobile.

Kemudian emel seterusnya untuk anda login ke frenz.my dan membuat kemaskini khususnya maklumat orang yang akan diwariskan.

Penghantaran emel keempat oleh sistem setelah akaun diaktifkan





Ini adalah akaun kedua setelah akaun pertama aktif. Tujuannya adalah membenarkan anda menyimpan maklumat orang yang akan diwariskan. Akaun ini disalin secara serentak semasa anda membuat pengaktifan akaun.

Selain dari login ke frenzmobile.net untuk update profile dan mendapatkan panduan pemasaran, Sila layari juga ke dalam web frenz.my dan login ke akaun tersebut.

Gunakan username dan password yang disediakan dari maklumat siri emel ini, dan seterusnya menukar password tersebut mengikut pilihan anda.

Untuk panduan berkenaan akaun kedua ini, saya akan panjangkan pada masa akan datang.

Dan seterusnya penerimaan emel dari masa ke semasa, apabila sistem menerima pendaftar baru


Anda akan menerima emel dari masa ke semasa, yang dihantar oleh sistem setiap kali sistem menerima pendaftar baru yang mendaftar menerusi link referal web replika milik anda.

Maklumat yang dihantar adalah lengkap untuk anda menghubungi prospek supaya mereka mengaktifkan akaun seberapa segera.


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nombor wasap anda untuk dapatkan maklumat detail tentang peluang bisnes diatas!