Friday 1 July 2016

Panduan berkenaan akaun di frenz.my

Setelah berjaya membuat pendaftaran, anda akan menerima emel yang dihantar dari frenzmobile dan frenz network iaitu frenz.my oleh sistem secara automatik.

Dalam artikel ni saya nak terangkan berkenaan dengan penerimaan emel frenz.my yang mana ia ditulis dalam fond biru.

Dalam emel ni anda akan diberikan username login ke frenz.my bersama password janaan sistem berautomatik.

Username ditulis mengikut nombor handphone simkad yang dipilih yang mana bermula dengan angka 6. Manakala password adalah dari janaan automatik sistem.



Emel ni dihantar setelah nombor handphone pilihan telah diaktifkan. Sila layari frenz.my dan login ke akaun kedua ini.



Dalam paparan home, klik pada tanda garis atas kanan, (anak panah). Anda akan diberi beberapa menu pilihan. Pilih Dealer Login.


Anda akan dibawa ke borang login. Lengkapkan username dan password seperti yang diberikan didalam emel klik butang LOGIN.



Kini, anda dibawa ke halaman utama dalam akaun frenz.my milik anda. 



Sekarang klik pada tanda garis atas kiri. Paparan beberapa menu. Pilih User Profile dan seterusnya klik pada menu Profile Update. Anda akan dipaparkan dengan borang kemaskini maklumat peribadi.


Butiran didalam maklumat peribadi yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut;








Setelah memasukan semua maklumat yang diperlukan (rujuk imej diatas), sila klik butang Submit untuk simpan semua data yang dimasukan kedalam sistem.

Monday 27 June 2016

Undang-undang dan penafian syarikat kepada pemasar/pengguna

Terdapat beberapa peraturan dan penafian undang-undang dari pihak syarikat bagi menjaga dan mempertahankan diri dari menjadi mangsa kepada orang yang memanipulasi sesuatu kepentingan bagi maksud keuntungan untuk diri sendiri.

Disini disertakan beberapa screen shot bagi rujukan pemasar/pengguna dari Brand Partner dan Area Manager. Perundangan ini bukanlah suatu sekatan bagi penafian hak dan kepentingan pengguna. Tetapi hanya menjaga hak mempertahankan diri sebagai suatu badan syarikat yang sah di sisi undang-undang.

Pengenalan kepada objektif dan misi penubuhan syarikat;


Perlantikan secara komersil kepada setiap pengguna;



Suatu insentif  kepada pengguna yang dicipta khas untuk manfaat user sebagai usahawan dan pemasar produk telco ini.




Jaminan dan syarat produk perkhidmatan yang disediakan syarikat;



Setiap simkad yang didaftarkan bagi tujuan penggunaan sim, hendaklah diaktifkan dalam tempoh 14 hari.

Syarat kelayakan mendapatkan kemudahan insurans bernilai rm50k secara percuma sepanjang hayat adalah dengan hanya topup setiap bulan pada nilai minimum sekurang-kurangnya rm30.



Berkenaan akaun dalam frenz;




Manakala sebarang pertanyaan boleh dibuat menerusi borang hubungi yang boleh diakses didalam akaun frenzmobile.



Nilah satu kemudahan asas yang mesti ada. Ruangan borang online ni dapat melancarkan pengurusan antara pihak syarikat dan pengguna/pemasar.

Saturday 25 June 2016

Apakah tindakan anda setelah menerima simkad FRIENDI mobile

Simkad Friendi mobile adalah seperti juga fungsi kad sim dari lain-lain telco sama ada dari sistem prabayar ataupon pascabayar.



Namun, kelebihan utama ia merupakan tabung topup anda dan seterusnya menjadi tabungan wang untuk ditunaikan menerusi mesin ATM akaun bank anda.

Meskipon demikian, artikel kali ini adalah memberi panduan kepada anda berkenaan langkah pertama sebaik sahaja simkad berada ditangan anda.

Setelah anda bersetuju untuk mendapatkan simkad frienz mobile kami akan memberi beberapa pilihan nombor untuk dipertimbangkan. 

Apabila anda sendiri sahkan dan bersetuju dengan nombor berkenaan serta telah membuat pembayaran, kami akan terus poskan simkad berkenaan mengikut alamat yang diberikan.

Tindakan penerima

1. Seperti biasa anda masukan simkad tersebut kedalam slot handphone anda.

2. Sila klik pada confirm link untuk pengesahan emel yang telah dihantar oleh frenz.my. Contoh emel adalah seperti berikut;




3. Kemudian, hidupkan handphone serta dail *137# dan seterusnya tekan dial. Selepas itu anda diberi pilihan, sila pilih nombor 2.

4. Dan buat panggilan suara yang pertama.

5. Dapatkan topup frendi bernilai rm30 di 7Eleven berdekatan dengan tempat tinggal anda. Contoh adalah seperti imej dibawah;




6. Lakukan tambah nilai seperti yang diarahkan dibahagian bawah resit topup tersebut. 

Kini, simkad dan akaun anda telah diaktifkan dan anda boleh gunakan talian untuk panggilan suara, SMS serta data internet.

Namun sebagai langkah cermat dan berhemah, tempahan nilai topup untuk data perlu dilaksanakan secara berasingan. Ianya adalah sama seperti khidmat top up telco yang lain juga.

Pengaktifan simkad frenz

 *137# tekan call pilih no. 2, 

Top up nilai data

 *138# 

Tambah nilai topup

 *102* 16 digit# 


service centre 60181000232 customer service 01138123456

Bagi mereka yang menggunakan internet menerusi handphone perlu topup nilai data bagi langkah penjimatan yang sewajarnya.

Tindakan memeriksa emel setelah membuat pendaftaran percuma


Artikel kali ini adalah sambungan dari entri berkenaan 'bagaimana membuat pendaftaran secara percuma'. Sekiranya anda belum membaca tentang langkah daftar tersebut, sila ke link dibawah terlebih dahulu.

http://tabungtopup.blogspot.my/2016/06/cara-membuat-pendaftaran.html

Tujuan artikel ini ditulis supaya setiap yang berminat dalam biz ni dan telah mendaftar, akan tahu mereka akan terima info pendaftaran yang akan dihantar sebaik sahaja butang HANTAR PENDAFTARAN diklik.  

Beberapa siri emel info lanjut untuk panduan pendaftar akan dihantar terus ke emel anda. Disini bukannya emel followup tetapi maklumat dan data penting untuk rujukan anda sebagai usahawan frenzmobile.

Siri emel pertama untuk panduan anda



Emel pertama ini dihantar sebaik sahaja anda berjaya mendaftar di frenzmobile.

Tujuan siri emel pertama ni adalah untuk memberi maklumat penting yang terdiri dari link web sebenar untuk anda login dan masuk ke akaun frenzmobile milik anda.

Login juga boleh dibuat pada web boneka milik anda yang akan diwujudkan setelah akaun anda diaktifkan. 

Cara login boleh dirujuk menerusi link artikel dibawah. Dalam halaman tersebut, dimasukan juga cara update profile bagi memudahkan proses bank in duit kepada anda nanti.

http://tabungtopup.blogspot.my/2016/06/langkah-pertama-setelah-mendaftar.html

Antara maklumat lain yang penting adalah nama username penaja anda, username anda, password untuk login dan alamat emel yang anda gunakan semasa mendaftar.


Emel kedua, automatik dari autoresponder upline anda



Anda mungkin terima emel followup dari upline sekiranya penaja anda membuat siri emel berkenaan.

Tujuan emel demikian dihantar adalah untuk meminta anda mengaktifkan akaun frenzmobile milik anda.

Penghantaran adalah automatik kerana ia menggunakan sistem autoresponder yang disediakan kepada setiap yang mengaktifkan akaun mereka.

Jumlah emel followup yang akan diterima oleh anda mungkin lebih dari satu siri bergantung kepada jumlah siri emel yang telah dibuat oleh upline anda didalam sistem.

Penerimaan emel ketiga, dihantar setelah akaun berjaya diaktifkan





Setelah akaun diaktifkan, anda akan terima satu emel pengesahan aktif akaun oleh frenzmobile.

Kemudian emel seterusnya untuk anda login ke frenz.my dan membuat kemaskini khususnya maklumat orang yang akan diwariskan.

Penghantaran emel keempat oleh sistem setelah akaun diaktifkan





Ini adalah akaun kedua setelah akaun pertama aktif. Tujuannya adalah membenarkan anda menyimpan maklumat orang yang akan diwariskan. Akaun ini disalin secara serentak semasa anda membuat pengaktifan akaun.

Selain dari login ke frenzmobile.net untuk update profile dan mendapatkan panduan pemasaran, Sila layari juga ke dalam web frenz.my dan login ke akaun tersebut.

Gunakan username dan password yang disediakan dari maklumat siri emel ini, dan seterusnya menukar password tersebut mengikut pilihan anda.

Untuk panduan berkenaan akaun kedua ini, saya akan panjangkan pada masa akan datang.

Dan seterusnya penerimaan emel dari masa ke semasa, apabila sistem menerima pendaftar baru


Anda akan menerima emel dari masa ke semasa, yang dihantar oleh sistem setiap kali sistem menerima pendaftar baru yang mendaftar menerusi link referal web replika milik anda.

Maklumat yang dihantar adalah lengkap untuk anda menghubungi prospek supaya mereka mengaktifkan akaun seberapa segera.


Friday 24 June 2016

Cara upgrade dari Brand Partner ke Area Manager

Terdapat beberapa pakej yang telah disediakan. Biasanya kita akan mulakan sesuatu bisnes dari modal rendah terlebih dahulu sebelum melangkah kepada modal yang lebih besar.

Dalam panduan ni, saya andaikan anda berada pada pakej Brand Partner dan nak upgrade ke Area Manager

Area Manager

Didalam akaun, terdapat pilihan Area Manager 1 shop dan Area Manager 3 shop. Lihat imej dibawah;


Setiap pakej yang disediakan mempunyai perbezaan modal untuk bermula. Disini saya andaikan anda memilih upgrade ke Area Manager 1 shop. 

Langkah upgrade

1. Login kedalam akaun. Pada halaman utama, lihat pakej serta modal yang diperlukan. Buat pembayaran (bank in/transfer) mengikut jumlah RM yang diarahkan.

2. Klik pada butang menu UPGRADE VIP yang terdapat disebelah kiri paparan akaun anda.

3. Ikuti langkah seperti yang diarahkan didalam paparan tersebut. Lihat imej dibawah;



4. Setelah melengkapkan borang upgrade VIP, klik butang Hantar Borang. Permohonan anda akan diproses oleh admin secepat yang mungkin dan akan dimaklumkan sebaik sahaja selesai proses upgrade seperti yang dimohon.

Thursday 23 June 2016

Cara aktifkan akaun frenzmobile anda

Setiap yang mendaftar percuma akan disediakan akaun frenzmobile (Platform Mobile Commerce). Anda boleh login kedalam akaun anda untuk update profile, upgrade akaun VIP dan lain-lain lagi.

Sila rujuk di http://tabungtopup.blogspot.my/2016/06/langkah-pertama-setelah-mendaftar.html untuk panduan login kedalam akaun anda.

Setelah login, anda akan dibawa pada halaman utama seperti berikut;


Untuk aktifkan akaun anda diberi tiga pakej pilihan berikut;


Brand Partner

Bayaran simkad bersama kos pos adalah rm14. Anda perlu bank in duit ke penama yang dipaparkan pada halaman utama dalam akaun anda seperti contoh diatas.

Begitu juga bagi pilihan pakej yang lain. Rujuk imej diatas. Namun demikian, sebaiknya anda aktifkan dulu untuk pakej permulaan Brand Partner sebelum upgrade ke pakej yang seterusnya (Area Manager).

Bukti bayaran

Setelah bank in atau membuat banking transfer, klik pada butang menu UPGRADE VIP. Lengkapkan borang yang disediakan klik butang Hantar Borang. Lihat contoh imej dibawah.




Setelah admin menerima bukti pembayaran, beliau akan poskan simkad nombor pilihan anda dan mengaktifkan akaun frenzmobile anda seberapa segera.

Anda juga diberi pilihan sama ada mengekalkan nombor handphone yang lama (MNP) atau menerima no baru yang telah dipilih.

Disini wujud deal antara anda dan upline bagi tujuan penyelarasan urusan pindahan dan penerimaan bayaran, dan pengesahan serta pengaktifan akaun.

Pengurusan sedemikian adalah urusan peringkat pertama antara anda sebagai pelanggan dengan upline. Saluran alternatif yang biasa digunakan adalah menerusi What'sApp dan SMS.

Kelebihan tambahan servis telco frenzmobile prepaid

Terdapat beberapa kelebihan sampingan yang ditawarkan frenzmobile sekiranya anda menjadi pelanggan dan affiliater kepada telco ini. 

Frenzmobile juga merupakan satu-satunya telco yang menawarkan penggunaan telefon bimbit yang menyediakan bisnes kepada pengguna dari talian maxis (pada masa tarikh entri ini ditulis).

Dan selainnya adalah dari talian celcom. Contohnya tone excel dan onexox yang juga merupakan syarikat yang menawarkan biz seperti diatas.

Peluang bisnes

Anda berpeluang buat bisnes dari modal hanya rm10. Dan boleh upgrade pakej pada bila-bila masa sahaja.



Platform Mobile Commerce

Setiap yang mendaftar mendapat akaun niaga masing-masing. Terdapat panduan dan sistem pemasaran online dan offline disediakan. Selain itu, maklumat pertanyaan dan pengurusan peringkat pengguna turut disediakan.

Insurans hayat

Kelebihan yang bermanfaat antaranya adalah insurans hayat bernilai rm50k sebaik sahaja topup pertama diaktifkan.

Setiap akaun yang didaftarkan akan mendapat perlindungan insurans tanpa mengira pakej yang dipilih sebaik sahaja topup pertama diaktifkan. Dapatkan detail dibawah;





Klik imej untuk besarkan dan baca.

Pelan pemasaran

Apabila anda mendaftar dan mengaktifkan akaun, sistem secara automatik akan menyediakan web replika dan disertakan dengan pengaktifan akaun yang mewujudkan link referal bagi tujuan promosi secara auto.

Oleh itu, anda tak perlukan masa yang panjang untuk membina dan membangunkan sistem web anda sendiri. Semuanya telah tersedia, anda hanya promosikan link referal yang disediakan sahaja.


Pakej data yang berpatutan

Selain kemudahan panggilan dan SMS, frenzmobile jugak sediakan pakej data yang berpatutan.





Pada masa kini, penggunaan handphone dan langganan data lebih besar serta mempunyai permintaan tinggi jika dibandingkan dengan panggilan suara dan SMS.

Pendapatan pasif bulanan

Perkhidmatan telco kepada pengguna biasanya memerlukan user membayar bil bulanan atau tambah nilai (topup) berbayar kepada syarikat.

Berlainan sekali dengan konsep operasi yang diketengahkan oleh frenzmobile, anda guna handphone, anda dibayar. 

Pihak syarikat akan memberi pendapatan pasif kepada pelanggannya. Pendek kata anda guna anda dibayar.

Langkah pertama setelah mendaftar

Artikel ini adalah kesinambungan dari entri berikut;

http://tabungtopup.blogspot.my/2016/06/cara-membuat-pendaftaran.html

(Sila klik imej untuk pembesaran bagi rujukan anda)

Setelah berjaya membuat pendaftaran, sila semak emel anda. Anda akan terima emel seperti berikut;



Dalam maklumat emel yang diterima, username dan password disertakan untuk anda login dan masuk kedalam akaun anda. 

Sila login ke akaun anda  Akaun tersebut masih belum diaktifkan. Oleh itu, maklumat untuk pengaktifan akaun disediakan untuk panduan anda.

Untuk login, layari frenzmobile.net/ dan pada sebelah kiri atas terdapat ruangan login berikut;



Untuk login, masukan username anda pada ruang username dan password pada ruang password seperti diatas. Kemudian klik butang Login.

Sekiranya berjaya, paparan halaman home akaun anda adalah seperti berikut;



Anda boleh jelajah kesemua halaman yang disediakan terdiri dari butang menu HALAMAN UTAMA, UPGRADE VIP, EDIT PROFILE, PRODUK, PELAN PEMASARAN, SISTEM SOKONGAN, BERITA, serta HUBUNGI ADMIN.


Edit profile

Sila klik butang menu EDIT PROFILE dan masukan maklumat bank anda untuk penerimaan tunai menerusi akaun bank.

Jenis akaun bank terpulang kepada anda sama ada BSN, MAYBANK, CIMB, AGRO BANK, BANK RAKYAT, AFFIN BANK, HONG LEONG BANK, RHB BANK dan lain-lain.

Disini juga anda boleh tukarkan password jika perlu.

Lihat imej dibawah;




Setelah memasukan maklumat bank anda, jangan lupa klik butang update untuk save maklumat didalam sistem.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dibuat menerusi butang menu HUBUNGI ADMIN.

Butang LOGOUT

Untuk keluar, sila klik butang menu LOGOUT.


Wednesday 22 June 2016

Cara membuat pendaftaran

(Sila klik imej untuk pembesaran bagi rujukan anda)

Anda perlu pergi ke borang pendaftaran mengikut link dibawah; sila klik link tersebut.

Jom Buat Duit Dengan What'sApp HP anda. Modal bermula dari rm10. http://frenzmobile.net/tabungtopup?buka=daftar

Anda akan dibawa ke web seperti berikut;


1. Username
Cipta username mengikut nama anda atau apa-apa sahaja berlandaskan pilihan sendiri. Minimum 5 abjab, contohnya katakan nama anda Ahmad Halim bin Razali anda boleh cipta sebagai Ahmad atau Halim atau AhmadHalim atau HalimRazali atau AhmadRazali dan sebagainya. Contoh username yang telah dicipta adalah seperti didalam imej dibawah: lihat pada Top Sponsor.


2.  Perlu diingat, username yang dicipta akan menjadi directory link kepada web boneka anda nanti.

Contohnya, jika anda tulis username anda sebagai tabungtopup, link referal anda nanti akan menjadi sebagai berikut; www.frenzmobile.net/tabungtopup/ begitu jugalah sekiranya anda tulis username berlandaskan nama anda.

3. Password

Cipta baru atau gunakan password sedia ada milik anda supaya mudah diingati oleh anda sendiri. Contohnya password dari akaun emel anda. Seperti juga akaun emel, disini password diperlukan semasa login untuk masok kedalam akaun frenzmobile milik anda.

Anda boleh gunakan huruf sahaja atau gabungan huruf dan angka mengikut kerahsiaan anda sendiri.

4. Ulang password

Ruangan ini hanya minta anda tulis semula password yang dicipta pada bahagian password tadi. Pastikan password yang ditulis adalah tepat seperti didalam ruangan password diatas.

5. Maklumat diri anda, lengkapkan dengan betul.


6. Negeri tinggal sekarang. Sekiranya anda tinggal di negeri kedah, sila pilih kedah dengan hanya klik pada anak panah kecil kebawah yang disediakan. Negeri diduduki adalah relevan dengan alamat anda.

Klik dan pilih negeri, lihat imej;





Pilih negeri yang diduduki dengan klik pada bulat kanan sehingga bulatan hijau terpapar seperti dalam imej dibawah, kemudian klik menu Done disebelah kanan.




Pilih negeri yang diduduki dengan klik pada bulat kanan sehingga bulatan hijau terpapar seperti dalam imej diatas, kemudian klik menu Done disebelah kanan.

7. Setelah didapati betul semua maklumat yang dimasukan, klik butang HANTAR PENDAFTARAN pada bahagian bawah sekali borang tersebut.

8. Setelah butang HANTAR PENDAFTARAN diklik, sekiranya berjaya, anda akan dibawa ke halaman terima kasih. Lihat imej dibawah;



Setelah berjaya daftar, anda dikehendaki membuat kemaskini akaun. Langkah dan panduan tersebut disediakan pada halaman link berikut;

http://tabungtopup.blogspot.my/2016/06/langkah-pertama-setelah-mendaftar.html

Tuesday 21 June 2016

Alternatif kepada onexox sebagai langkah penjimatan unggul

Plan prepaid onexox adalah alternatif kepada penjimatan khas untuk pengguna. Onexox dari talian celcom adalah pilihan alternatif kepada penjimatan penggunaan dan dalam masa yang sama konsep yang dibawa adalah user get user, jadi pengguna turut dapat buat duit.

Penjimatan yang ketara jika dibandingkan dengan servis tawaran dari telco yang lain. Namun strategi jimat tidak semestinya boleh diterima umum. Ada juga yang lebih mementingkan kepercayaan dan keyakinan servis sedia ada yang mereka telah dan sedang gunakan.

Seperti juga tone excel dan frenzmobile, onexox prepaid cuma memikat hati pelanggan dengan konsep buat duit dengan handphone atau pendek kata hp anda sebagai aset yang boleh ditunaikan pada bila-bila masa.

Meskipon dalam blog ni saya promote frenzmobile, namun terpulang kepada keyakinan dan pendapat masing-masing untuk menggunakan servis yang ditawarkan berlandaskan pilihan terbaik kepada individu itu.


Bagi mereka yang tak berminat dengan tawaran saya disini, dan tertarik dengan servis yang ditawarkan onexox, boleh daftar dan usahakan untuk mendapatkan tajaan dalam biz talian celcom ini.


Seperti yang kita sedia maklum, kini satu pengguna memiliki lebih dari satu handphone. Ini dah kira lebih dari cukup. Mungkin juga untuk penggunaan peribadi dan satu lagi untuk bisnes. Sama ada biz berkaitan handphone ataupon lain-lain perniagaan.

Onexox memperkenalkan konsep 4G yang mana internet berkelajuan tinggi, murah serta menjimatkan dan pengguna boleh buat duit dengan cara user get user.

Saturday 18 June 2016

Alternatif tune talk tone excell dan cara buat duit online dengan handphone

Frenzmobile adalah alternatif kepada mereka yang masih tercari-cari khidmat telco baru. Tak semua orang sukakan servis tone excell meskipon dapat buat duit dengannya.

Sesetengah individu lebih selesa pakai digi, maxis, celcom dan lain-lain dari yang diwar-warkan boleh buat duit. Semua ni bergantung kepada keselesaan dan kepercayaan individu itu.

Namun dengan frenzmobile memberi suatu pengalaman yang berlainan. Bukan saja penggunaan servis bagi maksud cetak duit malah tumpangan talian dari maxis ini menyumbang kepada penggunaan data yang stabil dan berkesan. 


Saya cuba bawa ke kawasan tengah hutan tempat saya usahakan pertanian kekal, masih berkeupayaan H+ untuk data dan 5bar line coverage. Sungguh mengujakan.

Berpuas hati dengan servis dan peluang buat duit sambil menggunakan servis yang merupakan suatu cara biz menguntungkan pengguna seperti saya.

Bagi mereka yang belum mendaftar dan menggunakan frenzmobile, saya secara peribadi mempelawa untuk sama-sama buat duit.

Kepada mereka yang menggunakan tone excell tetapi masih mencari-cari cara buat duit online atau offline yang lain, saranan saya adalah gunakan frenzmobile.

Ini adalah bisnes termurah dan mudah diurus untuk buat duit secara pendapatan pasif. Dengan hanya rm10, sesiapapon boleh mulakan.

Oleh itu, kepada mereka yang masih tercari-cari servis telco terbaik, saya sarankan daftar melalui frenzmobile untuk handphone anda dan alami pengalaman baru bersama kami.

Sekiranya kita tidak mencuba sesuatu, bagaimanakah kita tahu sejauh mana bagusnya sesuatu servis itu. Jadi bila dah kenal maka kita akan jatuh cinta dengannya.

Wednesday 15 June 2016

Bisnes Topup Paling Untung Dengan Frenzmobile



Pengoperasian biz ini mirip tunetalk tone excel, tapi konsep income sedikit berlainan. Terdapat kelebihan dalam frenzmobile adalah hasil dari topup dan langganan pakej oleh orang lain.


Pelan pemasaran yang melibatkan sistem affiliate dan anda akan disediakan dengan link referal untuk promosikan produk, akaun frenzmobile kepada setiap egen dan laman web khas (halaman boneka) bagi aktiviti pengiklanan servis anda.


Meskipon nombor bermula dengan 011, tapi anda boleh kekalkan no lama kesayangan yang telah sekian lama digunakan. Walaupun demikian, apa yang penting adalah pulangan dari pelaburan minima dengan keuntungan berganda.

Menjana pendapatan pasif dan perkongsian yang paling untungkan pemasar seperti anda, yang bertindak sebagai egen usahawan telco dari frenzmobile. Mari kita sama-sama nikmati ganjarannya pada masa depan.



Peluang perniagaan reload topup dalam pakej "Area Manager bukaan 1 lot" untuk mendapatkan pendapatan pasif secara bulanan dan seterusnya anda boleh nikmati bonus yang lumayan seperti imej diatas.

Pakej bisnes diatas perlukan topup yang konsisten tiap-tiap bulan bagi membuktikan komitmen anda sebagai egen dan pembekal kepada operasi jual reload handphone sama ada cara online ataupun offline.

Disini, terdapat pilihan nilai topup yang disediakan bagi menjamin pendapatan berjadual yang telah dilakarkan. Pendek kata, komitmen yang berlainan memberi pulangan hasil yang berbeza.




Terdapat tiga pilihan topup yang disediakan kepada agen. Semakin besar komitmen bulanan, maka pulangan adalah lebih tinggi. Meskipun demikian, saya hanya syorkan kepada anda mulakan dengan modal rendah dahulu sebelum melangkah kepada nilai pelaburan yang seterusnya.