Tuesday, 14 June 2016

Bisnes Reload Topup Menjimatkan Pengguna Handphone


Anda boleh lihat imej dibawah bagaimana setiap reload topup handphone, anda akan terima beberapa siri SMS yang mengesahkan aktiviti tambah nilai itu.


Setiap kali anda top up, peruncit akan terima sebahagian kecil wang mengikut peratusan yang telah ditentukan. Jumlah peratus habuan itu ditentukan oleh syarikat telco berlandaskan peratus dari nilai topup.

Cuba anda fikir, selama ini anda pakai prepaid, sudah berapa ringgit yang telah dijana oleh peruncit? Dan jika sesuatu kawasan itu mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, peruncit disitu telah mengaut keuntungan yang besar hasil topup sahaja.


Saya sendiri telah sekian lama menggunakan Umobile, dan dalam sebulan lebih dari sekali pergi tambah nilai untuk handphone saya.


Sejarah dulu;


Sebelum penggunaan servis Umobile, saya pernah pakai Celcom postpaid (019), yang mana setiap bulan tak pernah habis penggunaan panggilan suara dan SMS. Tetapi komitmen bulanan wajib mengikut tara yang telah ditetapkan. Ianya suatu liabiliti bertahun saya menanggung.


Saya juga pernah menggunakan khidmat syarikat asal yang memperkenalkan 017 sebelum ia dibeli oleh telco lain. Liabiliti ni ditanggung sehingga saya memutuskan untuk berhenti dari menggunakan servis yang tak sempurna pada saya.


013 juga tak memuaskan hati saya. Akhirnya saya beralih kepada liabiliti lain yang dianggap memuaskan.


Saya juga pernah diperkenalkan dengan Altel dan Tunetalk. Namun semua ini saya letak ketepi. Ada saja perkara yang kurang pada saya. Altel memang murah dan bagus servisnya tetapi kawasan rumah saya terlindung dan kesan data internet perlahan. Setahu saya kedua-dua telco diatas tumpang line celcom.


Saya cari dan terus mencari yang mana satu terbaik untuk saya. Apabila saya menggunakan Umobile, saya berpuas hati. Namun servis ni masih menjadi liabiliti khusus kepada saya.


Saya berminat dengan konsep tunetalk tetapi saya tak suka tunetalk sebab telco ni tumpang line Celcom. Lagipon dari pengalaman saya selama hampir sebulan, anggaran kasar saya dapati ia adalah mahal. Saya percaya berkenaan dengan hal ni adalah masalah saya sahaja, sebab kediaman saya yang terlindung dan bila dah mahal lagilah kerap topup.


Justeru, saya jadi pelanggan setia Umobile. Line kat rumah, kampong, jalan luar bandar dan lain-lain tempat. Hampir semua tempat saya kunjungi pasti ada line meskipon E. Kebanyakan tempat yang saya kunjungi, termasuk ke dalam hutan masih H+. Ini yang paling menyenangkan saya sebab bila dalam hutan dikhuatiri sesuatu kecemasan sekurang-kurangnya suatu isyarat boleh dihantar.


Berita baik pengguna maxis


Kepada pengguna maxis, mereka terima servis yang bagus. kepada mereka yang sukakan Umobile tidak akan rugi dan penghijrahan ke Frenzmobile adalah peralihan yang bagus dalam objektif dari liabiliti kepada aset.



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nombor wasap anda untuk dapatkan maklumat detail tentang peluang bisnes diatas!